Posts

Showing posts with the label Chiengmai

Fourth Day - Chiengmai

Bangun pagi tu aku rasa kepala aku tak betul lagi. Rasa cam rugi lak datang Chiangmai aku demam. Pagi ni demam ngan batuk aku ni cam dah capai tahap kronik. Nak telan makanan pun rasa cam sakit nye tekak aku. Aku gagahkan jugak diri aku ni untuk mandi sebab aku nak makan kat coffee house. Dah lah malam tadi aku tak makan. Tapi, bile turun kat coffee house, yang mampu aku telan pun hanya 2 keping roti je. Masa aku dok makan tu, aku dok fikir-fikir lah sama ada nak ikut diorang pi tengok gajah ke tak pagi ni sebelum check out. Tapi, memandangkan pada tahap kesihatan aku yang tak membenarkan aku pergi, so, aku tak pegi lah. Waaaaaa, melepas nak tengok gajah. So, aku habiskan masa aku dengan tido je kat bilik. Diorang balik dalam pukul 12 lebih. Lepas dah sembahyang semua, we all pun check out lah dan terus pi kat tempat makan yang masa hari pertama we all pegi tu. Lepas makan kat situ, mak aku decide nak bawak jugak aku pegi klinik. Cari punya cari klinik tak der lah pulak. At last drive...

Third Day - Chiengmai

Image
15HB DISEMBER 2005 - KHAMIS Bangun pagi tu kepala aku pening sangat-sangat. Aku memang dah cakap dah kat adik aku, aku tak larat nak ikut diorang gi berjalan hari ni. Tapi, adik aku paksa jugak aku pegi. Die suruh aku bangun jugak and mandi air sejuk. Waaaaaa, dah lah demam. Kena lak mandi air sejuk. Tapi, aku gagahkan jugak diri ni mandi air sejuk. Lepas dah mandi tu terus rasa segar sikit. Lepas dah siap pakai baju ape semua, aku pun turun kat coffee house untuk breakfast. Makan pun aku tak lalu sangat. Aku makan roti 2 keping je. Lepas semua dah breakfast, we all pun gerak ke destinasi seterusnya iaitu The Highest Spot In Thailand . Memang best lah tempat ni. Memang sejuk giler. Nasib baik aku pakai baju lengan panjang. Kalau tak memang aku tak tahan. Dah lah aku tak bawak sweater. Aku pegi toilet kat situ pun air die sejuk cam air dalam peti ais tu. Nasib baik aku ikut. Kalau tak, memang rugi lah. Dah lah sekali je dapat datang Chiangmai ni. Tapi, kalau ade rezeki sape tau kan. Lep...

Second Day - Chiengmai

Image
Alhamdulillah, selamat sampai Chiengmai dalam pukul 7 pagi. Sampai sane, dah ade orang tunggu dah. Pastu, naik van untuk pegi cari makan. Chiengmai memang best lah. Memang cuaca sejuk. Sebab tu cepat lapar. Driver tu bawak we all gi makan kat tempat orang china muslim. Makanan kat situ memang best lah. Hampir semua berasaskan daging. Lepas dah makan, we all pegi check in kat Royal Peninsula Hotel sebab nak mandi-mandi. Badan rasa cam tak selesa sebab semalaman tak mandi. Abah booking 3 bilik. Ok lah die punya hotel. Not bad. Lepas semua dah siap-siap mandi, we all turun kat lobi. Agenda we all lepas ni nak ke Roong Aroon Hotspring. Abang Razali siap beli telur 5 bijik sebab nak rebus kat dalam kolam air panas tu. Kak Basirah ngan Syida yang tunggu telur tu. Aku tak kuasa nak tunggu telur tu masak. Panas sangat air panas tu. Lepas telur tu dah masak, terus we all lepak and makan nasi bungkus yang we all beli tu dengan telur rebus yang syida ngan kak basirah masak tadi. Lepas dah habis ...

First Day Arrived Bangkok

Image
13HB DISEMBER 2005 - SELASA Bangun pukul 6 pagi. Aku ingat aku lewat bangun. Yer yer je ketuk pintu bilik mak ngan abah. Aku ingat diorang semua dah siap. Rupa-rupanya mak ngan abah pun baru bangun tido. Aku ni mati-mati lah ingat flight pukul 8 pagi. Rupa-rupanya flight pukul 10.40 pagi. Yer-yer je aku menggelabah. Bangun tu, solat subuh. Lepas solat subuh gi dapur buat sandwich sebab nak bawak makan atas plane. Biaser lah kan, airasia kan leh bawak makanan. Driver abah datang ambik pukul 7 lebih. Sampai KLIA dalam pukul 8 lebih. Lepas lepak-lepak jap terus check in. Alhamdulillah sekejap je proses check in. Terus lepak-lepak lagi kat balai berlepas. Aku tak lepas peluang call Mr. I aku and Syida pun sibuk dok call Mr. N die. Bukan ape, nak bergayut kat sane kena fikir banyak kali sebab mahal kan. Kalau call, org kat malaysia bayar biaser je. Org yang angkat call kat Bangkok kena charge RM3 seminit. Banyak tu. Kalau sekali sms pun org kat Bangkok kena bayar RM2. org kat malaysia, bay...