Second Day - Chiengmai




Alhamdulillah, selamat sampai Chiengmai dalam pukul 7 pagi. Sampai sane, dah ade orang tunggu dah. Pastu, naik van untuk pegi cari makan. Chiengmai memang best lah. Memang cuaca sejuk. Sebab tu cepat lapar. Driver tu bawak we all gi makan kat tempat orang china muslim. Makanan kat situ memang best lah. Hampir semua berasaskan daging.





Lepas dah makan, we all pegi check in kat Royal Peninsula Hotel sebab nak mandi-mandi. Badan rasa cam tak selesa sebab semalaman tak mandi. Abah booking 3 bilik. Ok lah die punya hotel. Not bad.





Lepas semua dah siap-siap mandi, we all turun kat lobi. Agenda we all lepas ni nak ke Roong Aroon Hotspring. Abang Razali siap beli telur 5 bijik sebab nak rebus kat dalam kolam air panas tu. Kak Basirah ngan Syida yang tunggu telur tu. Aku tak kuasa nak tunggu telur tu masak. Panas sangat air panas tu. Lepas telur tu dah masak, terus we all lepak and makan nasi bungkus yang we all beli tu dengan telur rebus yang syida ngan kak basirah masak tadi. Lepas dah habis makan-makan semua terus we all pun berangkat ke destinasi lain pulak.




Lepas tu, we all pegi tempat buat payung pulak. Kat sini tempat orang-orang thailand buat payung. Seronok aku datang sini sebab kat sini ade perkhidmatan painting seluar atau baju. Kite kena pilih je corak yang kite nak. Pastu, die akan lukis atas seluar kite. Aku ngan adik aku pilih corak ram-rama dua ekor. Memang cantik lah design die. Senang je aku tengok org tu lukis. Kak basirah ngan Abang Razali pulak buat kat belakang handphone. Gambar seekor rama-rama. Abang Razali nak buat gambar burung tapi, Kak basirah nak bagi same gak ngan die. Kelako ah diorang ni. Semua nak sama.






Lepas tu lak, we all pegi Louis Silverware. Tak der yang menarik sangat kat sini. Tak minat lagi pun. Sempat tengok-tengok kejap je. Pastu terus ke destinasi yang seterus nya iaitu Shinawatra Thai Silk. Kat situ pun tengok-tengok je sebab thai silk kat situ mahal-mahal lah. Tak mampu lak nak beli.





Destinasi akhir untuk hari ni pulak ialah pegi Gems Gallery. Gems gallery ni tempat orang buat barang kemas and jual barang kemas. Abah bei cincin silver dengan batu garnet. We all tak beli ape-ape pun. Yang aku berkenan semua over budget. Ahaksssss. Lepas dah habis pusing semua kat gallery tu, we all pun balik hotel sebab nak berehat and sembahyang sebab malam nak kuar ke night market lak.

Malam lak kuar gi night market. Memang happening lah night market kat sini. Sepanjang-panjang jalan memang ade je gerai jual barang-barang. I like this place. Masa we all kuar gi night market ni, mak memang dah perasan aku punya mata dah merah tau. Badan aku memang dah panas dah masa ni. Tapi, aku malas nak layan sangat sebab shopping punya pasal. So, lepas makan we all start jalan kat night market tu. Sikit punya penat we all berjalan. Dapat lah beli t-shirt, beg and sarung bantal. Biler dah lama berjalan tu kaki dah penat. So, we all pun call lah Abang Razali sebab nak suruh Abang Razali call van suruh ambik kitorang. Kitorang memang tak larat sangat-sangat dah. Balik tu, sampai bilik hotel aku dah flat giler. Malam tu aku tido memang tak ingat punya lah. Memang aku tak larat sangat-sangat dah.

Comments

Popular posts from this blog

Jogjakarta - Bandung Day 4

Hong Kong - Day 3

Sarawak - Last Day