Posts

Showing posts with the label Pulau Tioman

Pulau Tioman - Day 4

Image
Pagi ni kitorang bangun tanpa rasa sengal-sengal dah badan. Yer lah kan, dah buat sesi mengurut dah malam semalam. Maka hilang lah segala sengal-sengal badan. Syok je rasa bile bangun tido. Lepas bangun, dah mandi, terus siap-siap nak gi breakfast. Tapi, tak jadi nak breakfast kat Coral Reef. We all just tapau air milo ais je minum kat dalam chalet and makan roti ngan tuna yang kitorang bawak. Lepas makan, landing time. Tengah sedap-sedap landing atas katil, tetiba dengar bunyi angin. Rupanya, kat luar ribut daaaaa. Menggelabah aku ngan Nor kutip baju ngan seluar yang kitorang jemur. Aktiviti pagi tu tido jer sebab kat luar hujan ngan ribut nye kan. So, sangat lah sedap tido kan kala waktu camni. Alhamdulillah lah kan hujan dah hari akhir dah. Nasib baik first two days tu tak hujan. Cuaca pun sedang elok je untuk kitorang pegi snorkeling. So, no regret lah kan. Kitorang tido sampai lah nak dekat pukul 12. Then, bangun gi makan tengahari pulak. Lepas makan, terus siap-siap nak check o...

Pulau Tioman - Day 3

Image
Pagi ni bangun pukul 7 pagi. Then, siap-siap terus dengan muka tak mandi nye gi terjah pantai yang amat mengujakan tu. Memula ingat nak main-main air and ambik-ambik gambar jer. Sekali, tak tahan wooo tengok air laut jernih je cam air kat dalam swimming pool. Cuma beza nye air laut masin jer. Kalau orang tanya aku, kat chalet yang ko duduk tu ade swimming pool tak? Aku jawab je ade, seluas lautan lagi kau. Hahahaha. Bile dah tak tahan tengok air, terus masuk chalet balik, tukar baju semalam sebab nak mandi laut. Gambar mandi laut tak ambik lah yer sebab tak der orang nak tolong ambik kan. Kitorang tak der pun nampak orang lain mandi laut. Kitorang je yang teruja lelebih. Lepas sejam lebih berendam dalam air laut, kitorang pun naik atas darat and mandi manda bersihkan diri dan having breakfast kat dalam bilik je makan roti ngan tuna. Lepas tu, masing-masing lelapkan mata kejap sebab lepas ni nak gi island hopping pulak. Dah janji dah ngan Abang Budin dalam pukul 11, kawan die nak ambik ...

Mersing - Pulau Tioman - Day 2

Image
Pagi jumaat tu, kitorang semua bangun awal giler sebab nak kena kejar feri pukul 10 pagi kan. Perjalanan dari Kuantan ke Mersing 2 jam lah jugak. So, kitorang gerak dari Kuantan dalam pukul 6 lebih. So, tak der lah terkejar-kejar sangat kan. Tepat pukul 9 pagi kitorang dah sampai dah kat jeti. Before that, sempat jugak lah singgah kedai ubat cina beli ubat untuk mabuk laut. Lepas tu, pegi parking kereta kat sebelah jeti nak ke Tioman. Then, kitorang sempat jugak lah gi breakfast. Kena makan jugak sebab takut lapar kan. Dah lah perjalanan nak ke Tioman tu 2 jam. Kitorang tak risau sangat nak beli tiket feri sebab abang ipar ain dah uruskan dah pasal pembelian tiket feri tu. Dapat lah kitorang tiket feri murah. Patutnya untuk pelancong kena RM35 untuk sehala. Tapi, kitorang dapat tiket RM25 jerk. Tiket RM25 tu untuk penduduk tempatan. Tapi, kitorang dapat murah. Save dah budget kat situ. Hahahaha. Masuk-masuk je dalam feri, lepas ambik gambar sikit, terus aku tido. Aku rasa sebab aku m...