First Day Arrived Bangkok

13HB DISEMBER 2005 - SELASA


Bangun pukul 6 pagi. Aku ingat aku lewat bangun. Yer yer je ketuk pintu bilik mak ngan abah. Aku ingat diorang semua dah siap. Rupa-rupanya mak ngan abah pun baru bangun tido. Aku ni mati-mati lah ingat flight pukul 8 pagi. Rupa-rupanya flight pukul 10.40 pagi. Yer-yer je aku menggelabah. Bangun tu, solat subuh. Lepas solat subuh gi dapur buat sandwich sebab nak bawak makan atas plane. Biaser lah kan, airasia kan leh bawak makanan.


Driver abah datang ambik pukul 7 lebih. Sampai KLIA dalam pukul 8 lebih. Lepas lepak-lepak jap terus check in. Alhamdulillah sekejap je proses check in. Terus lepak-lepak lagi kat balai berlepas. Aku tak lepas peluang call Mr. I aku and Syida pun sibuk dok call Mr. N die. Bukan ape, nak bergayut kat sane kena fikir banyak kali sebab mahal kan. Kalau call, org kat malaysia bayar biaser je. Org yang angkat call kat Bangkok kena charge RM3 seminit. Banyak tu. Kalau sekali sms pun org kat Bangkok kena bayar RM2. org kat malaysia, bayar 5 sen jer. Memang kena tahan rindu sikit lah. Hahahaha.


Lepas dah habis bergayut, dah tiba masa untuk masuk dalam kapal terbang. Nasib baik lah kapal terbang Thai Airasia ni ok. Masa berlepas pun ok. Masa landing pun smooth jer. Sampai Bangkok dalam pukul 1 lebih. Bangkok kan lewat satu jam ngan Malaysia. Sampai-sampai Bangkok je Kak Basirah ngan Abang Razali dah tunggu kat airport dah. Aku memang terkejut ah jumpa Kak basirah kali ni sebab die dah bertudung. Memang sebelum di kawin ngan Abang razali lagi die dah pakai tudung. I’m happy for her.


Lepas dah masuk kereta semua, abah ajak Abang Razali pegi Stesen Keretapi sebab abah nak ambik tiket yang dah di booking untuk ke Chiengmai. Lepas dah selesai urusan kat stesen keretapi, terus lah menghala ke MBK Plaza atau lebih di kenali sebagai Maa Boon Krong Plaza. Saje je jalan-jalan kat MBK sambil2 nak makan. Makan kat sini banyak yang tak halal. So, memang kena pandai-pandai lah cari makanan yang halal. So, end up makan sup daging ngan nasi. Lepas tu, jalan-jalan lah lagi sampai lah we all terjumpa satu tempat jual “Lokchub”. Aku ni memang pantang betul kalau nampak “Lokchub” ni. Bukan ape, aku geram sangat sebab makanan ni comel-comel sangat. So, beli lah untuk makan dalam train nanti.







Kalau pegi MBK ni memang banyak tempat org jual handbag ngan kasut. Sape yang memang kumpul handbag ngan kasut ni kalau pegi Bangkok korang pegi lah MBK ni. Handbag yang jenama mahal-mahal semua ade kat situ. Tapi, jenis yang copy lah. Diorang jual murah sikit. Tapi, kalau tengok pada pandangan mata kasar memang tak nampak beza nya. Shopping tergesa-gesa sangat, we all tak beli ape-ape pun. Just tengok-tengok je. Lepas tu, we all bergegas lak nak ke stesen keretapi sebab tak sembahyang lagi. Ingatkan kat stesen keretapi ni tak der tempat sembahyang. Rupa-rupanya naik je tingkat atas tu memang ade surau. Stesen keretapi bangkok ni cam stesen keretapi Singapore. Lepas dah solat, turun ambik beg dan tunggu keretapi sampai. Sementara tunggu keretapi sampai, sempat snap gambar jugak.





Keretapi sampai dalam pukul 6 petang. Abah book first class. First class kat Bangkok best gak sebab boleh bukak tengah-tengah antara dua bilik. Dalam cabin pun siap ade suis untuk charge handphone. Dan Masuk dalam keretapi pun sempat lagi ambik gambar. Ade lah sorang pekerja atas keretapi, die datang cabin we all terus hulur orange juice, aku ingatkan tu welcome drink diorang. Aku siap kata ah kat abah aku yang bagus lah diorang ni siap ade welcome drink. Tup-tup die pegi cari abah aku dalam pukul 9 lebih sebab nak suruh bayar orange juice tu. Sabo je lah aku orang siam ni. Pakat gelak ramai-ramai. Ahaksssss. Malam tu semua pakat tido awal sebab esok nye bile sampai Chiengmai nak berjalan pulak.


Comments

Popular posts from this blog

Jogjakarta - Bandung Day 4

Hong Kong - Day 3

Sarawak - Last Day