Posts

Showing posts from August, 2007

Jakarta - Last Day

Image
Hari ni bangun and kemas-kemas ape yang patut then terus pegi breakfast kat cafe. Lepas breakfast, naik bilik ambik beg and jumpa Eddy ngan Cika kat lobi. Lepas dah borak-borak sikit, teruskan perjalanan ke ITC Mangga Dua untuk shopping lagi. Janji nak jumpa balik pukul 2 petang. Kali ni shopping aku ngan mak aku berpecah. Aku ngan Kak Ya pegi cari handbags. Mak aku ngan adik-adik aku pegi arah lain. Meroyan lagi kat sini tengok bermacam-macam rupa handbags kat sini. Aku siap beli 6 handbags lagi tau. Kak Ya beli 3 ke 4 tak ingat. Syida beli 2 handbags and siti beli satu handbag. Syok nye lah membeli belah handbags. Nampak tak security check yang cam kat airport tu? Ni kat depan hotel tau. Lepas dah puas bershopping, pegi lunch kat food court ITC Mangga Dua. Makan kat HOKA HOKA BENTO . Hoka Hoka Bento ni Pak Agus punya kedai. Sedap lah jugak makan kat sini. Selalu nye mane ade aku makan sangat japanese food. Tapi, kat Hoka Hoka bento ni boleh lah makan. Lepas dah makan, terus menuju k

Bandung - Jakarta day 6

Image
Pagi ni bangun terus kemas-kemas sebab nak check out dah. Aktiviti pagi ni di teruskan sebaik sahaja we all habis sarapan. Lepas sarapan tu, lepak dulu kat dalam bilik tengok kartun ngan Dina and the girls lah kan. Yang aku ni mati-mati lah ingat kan ade bellboy akan datang angkut beg-beg kitorang. Sekali, abah call bilik tanya tanak keluar ke. Rupa-rupanya kena bawak sendiri beg naik lobi. Sabar je lah aku tau. Sampai lobi, borak-borak sambil-sambil tunggu kawan mak yang nak bawak we all gi shopping kat Pasar Baru. Mak nak beli telekung kat Pasar Baru. Aku tak beli ape-ape kot. Nak simpan duit nak meroyan kat Jakarta pulak. Sebelum pegi ke Pasar Baru, acara memborong brownies yang amat sedap tu kat Prima Rasa. Kalau korang pegi Bandung ke kan, sila lah ke Kedai kek and bakery Prima Rasa tau. Mesti tak regret punya lah. Sedap yang amat lah brownies die. Aku suka Choc Chip Brownies. Aku beli untuk member-member ofis aku. Ade lah dalam satu kotak we all bawak balik brownies jerk. Lepas d

Bandung Day 5

Image
Perjalanan hari ni diteruskan lagi lepas we all breakfast kat Cafe. Pagi ni diorang bawak we all pegi ke GUNUNG TANGKUBAN PARAHU . Memula memang ingat tanak pegi. Tapi, lagi sekali, nasib baik aku pegi. Orang kate, kalau dah sampai Bandung, sila-sila lah ke Gunung Tangkuban Parahu ni. Memang lawa sangat view die. Masa we all sampai kat bawah tu, ingatkan memang boleh lah naik bas sampai ke atas tu. Tapi, kena naik kenderaan yang cam ala-ala lori tu. Busuk nye jangan cakap lah. Memang busuk sebusuk-busuknye bau sulfur. Sampai kan anak buah aku ingat ade org kentut ok. Aduhai. Cuaca panas tapi, udara kat atas gunung Tangkuban Parahu tu memang lah amat sejuk tau. Tak tahan aku. Gambar yang we all ambik pun not bad lah. Agak lawa jugak lah. Tu pun sebab view die lawa kot kan. Lepas dah puas bergambar, masa untuk shopping pulak kat area Gunung Tangkuban Parahu. Mak aku siap beli kristal nak bawak balik. Aku beli baju je lah. And last stop kat kedai rantai. Family aku memborong segala rantai

Jogjakarta - Bandung Day 4

Image
Pagi ni wake up call pukul 6 pagi. Bukak-bukak langsir, hari dah cerah dah walaupun pukul 6 pagi. Pagi ni terus siap-siap kemas beg sebabnye nak check out dah. Tak puas dok kat Novotel, dah nak kena check out dah pun. Lepas tu, terus turun gi breakfast kat cafe. Makan setakat yang termampu dan boleh di terima oleh perut je. Pegi bercuti ni asyik makan, makan and makan. Kalau dok kat KL tak hiraukan sangat pasal makan-makan ni. Lepas makan, ambik-ambik gambar lagi kat lobi hotel sebab Pak Agus, Jessy and Eddy nak balik Jakarta naik flight pagi ni. Agenda we all diteruskan dengan melawat Keraton Jogja yang juga di kenali sebagai Istana Sultan. Bertolak dari hotel dalam pukul 8 pagi. Perjalanan ambik masa dalam 20 minit je. Sampai je kat Keraton, we all pun masuk lah ke dalam sambil diiringi oleh seorang cam ala-ala pemandu pelancong lah. Die lah yang terangkan ape yang ade kat dalam keraton tu. Lepas dah habis round kat dalam keraton tu, berenti lah kejap sebab pemandu pelancong kat Kera