Bandung - Jakarta day 6
Pagi ni bangun terus kemas-kemas sebab nak check out dah. Aktiviti pagi ni di teruskan sebaik sahaja we all habis sarapan. Lepas sarapan tu, lepak dulu kat dalam bilik tengok kartun ngan Dina and the girls lah kan. Yang aku ni mati-mati lah ingat kan ade bellboy akan datang angkut beg-beg kitorang. Sekali, abah call bilik tanya tanak keluar ke. Rupa-rupanya kena bawak sendiri beg naik lobi. Sabar je lah aku tau. Sampai lobi, borak-borak sambil-sambil tunggu kawan mak yang nak bawak we all gi shopping kat Pasar Baru. Mak nak beli telekung kat Pasar Baru. Aku tak beli ape-ape kot. Nak simpan duit nak meroyan kat Jakarta pulak. Sebelum pegi ke Pasar Baru, acara memborong brownies yang amat sedap tu kat Prima Rasa. Kalau korang pegi Bandung ke kan, sila lah ke Kedai kek and bakery Prima Rasa tau. Mesti tak regret punya lah. Sedap yang amat lah brownies die. Aku suka Choc Chip Brownies. Aku beli untuk member-member ofis aku. Ade lah dalam satu kotak we all bawak balik brownies jerk. Lepas d...