Third Day - Chiengmai

15HB DISEMBER 2005 - KHAMIS


Bangun pagi tu kepala aku pening sangat-sangat. Aku memang dah cakap dah kat adik aku, aku tak larat nak ikut diorang gi berjalan hari ni. Tapi, adik aku paksa jugak aku pegi. Die suruh aku bangun jugak and mandi air sejuk. Waaaaaa, dah lah demam. Kena lak mandi air sejuk. Tapi, aku gagahkan jugak diri ni mandi air sejuk. Lepas dah mandi tu terus rasa segar sikit. Lepas dah siap pakai baju ape semua, aku pun turun kat coffee house untuk breakfast. Makan pun aku tak lalu sangat. Aku makan roti 2 keping je.

Lepas semua dah breakfast, we all pun gerak ke destinasi seterusnya iaitu The Highest Spot In Thailand. Memang best lah tempat ni. Memang sejuk giler. Nasib baik aku pakai baju lengan panjang. Kalau tak memang aku tak tahan. Dah lah aku tak bawak sweater. Aku pegi toilet kat situ pun air die sejuk cam air dalam peti ais tu. Nasib baik aku ikut. Kalau tak, memang rugi lah. Dah lah sekali je dapat datang Chiangmai ni. Tapi, kalau ade rezeki sape tau kan.





Lepas dah puas bersejuk-sejuk kat atas tu, we all turun bawah balik and pegi kat satu tempat Royal Project Inthanon Research Station. Mak aku suka lah ni pegi tempat yang banyak bunga camni. Mak aku memang suka bunga. Lepas dah lepak-lepak tengok bunga kat situ, terus kitorang semua turun lagi sebab nak gi tengok air terjun. Nama air terjun tu Vachiratharn WaterFalls. Kat sini, sambil-sambil dok tengok air terjun, we all makan tengahari kat situ. Menu makan tengahari hari ni ialah pulut ngan daging bakar. Aku tak lalu nak makan pulut. Abang Razali pun gi carikan aku nasi ngan ikan bakar. Ahakssss, sayang gak Abang Razali kat adik die ni.






Lepas dah selesai kat waterfalls, time to go back to the hotel. But, on the way balik tu ade lak tempat jual perhiasan yang diperbuat daripada kayu. Masa ni mak, abah ngan Syida je yang turun. Aku memang dah tak larat dah. Memang dah pening sangat-sangat. Kak Basirah lak sakit perut. Mak aku sempat beli frame je kat situ. Lepas dah habis urusan kat situ, terus balik hotel. Lepas sembahyang memang aku tido tak ingat punya lah. Malam tu lak diorang planning nak gi night market lagi. Aku tak larat dah. Aku just kirim kat adik aku suruh beli cenderahati untuk kawan-kawan aku and aku pesan kat die jangan lupa beli kan aku makanan. Malam ni diorang plan nak gi makan steak. Mak aku datang jenguk aku kejap tanya aku sama ada aku nak gi klinik ke tak. Aku cakap ah tak yah gi klinik sebab aku dah makan panadol.


So, lepas diorang dah kuar, aku pun sambung tido balik. Aku tatau ah ape kena ngan badan aku ni. Aku rasa cam seram sejuk sangat-sangat. Siap ngan menggigil-gigil. Aku pun bangun lah gi tutup aircond. Bile aku dah tutup aircond pun still menggigil-gigil badan aku ni cam orang sakit malaria tu. Aku dah memang tak tahan dah. Aku dok menghitung masa je dok tunggu diorang balik. Dalam pukul 10 lebih diorang balik. Adik aku pun bukak cerita yang diorang pegi makan steak. Yang adik aku ni dok ingat ade lah black pepper steak ke ape kan. Rupa-rupanya steak tu diorang rebus. Punya lah kembang tekak nak makan. Adik aku bawak balik makanan pun aku tak lalu sangat nak makan sebab makanan tu dah sejuk. So, malam tu aku tido dalam keadaan perut aku yang kelaparan. Aku just minum mineral water jer.

Comments

Popular posts from this blog

Jogjakarta - Bandung Day 4

Hong Kong - Day 3

Sarawak - Last Day