Bandung - Jakarta day 6

Pagi ni bangun terus kemas-kemas sebab nak check out dah. Aktiviti pagi ni di teruskan sebaik sahaja we all habis sarapan. Lepas sarapan tu, lepak dulu kat dalam bilik tengok kartun ngan Dina and the girls lah kan. Yang aku ni mati-mati lah ingat kan ade bellboy akan datang angkut beg-beg kitorang. Sekali, abah call bilik tanya tanak keluar ke. Rupa-rupanya kena bawak sendiri beg naik lobi. Sabar je lah aku tau. Sampai lobi, borak-borak sambil-sambil tunggu kawan mak yang nak bawak we all gi shopping kat Pasar Baru. Mak nak beli telekung kat Pasar Baru. Aku tak beli ape-ape kot. Nak simpan duit nak meroyan kat Jakarta pulak.

Sebelum pegi ke Pasar Baru, acara memborong brownies yang amat sedap tu kat Prima Rasa. Kalau korang pegi Bandung ke kan, sila lah ke Kedai kek and bakery Prima Rasa tau. Mesti tak regret punya lah. Sedap yang amat lah brownies die. Aku suka Choc Chip Brownies. Aku beli untuk member-member ofis aku. Ade lah dalam satu kotak we all bawak balik brownies jerk. Lepas dah beli brownies, terus menuju ke Pasar Baru. Masa sampai tu, kedai baru je bukak. Aku ikut je mane org bawak. Mak aku yang beli telekung untuk jual kat kawan-kawan aku. Bagus, mak aku yang pilih, aku yang jual. Tapi, tak der lah banyak pun mak aku beli.






Lepas dah habis memborong telekung, naik tingkat atas sebab nak beli DVD yang amat lah murah gilerr kat sane. Tapi, citer omputih lah. Citer indonesia die tak buat cetak rompak. RM2 jer sekeping. Master copy lagi. Gambar memang lawa gilerrr. Lepas dah habis membeli belah kat Pasar Baru, we all gi makan siang pulak kat RESTORAN SIMPANG RAYA. Makan masakan padang. Best lah makan kat situ. Gambar makanan tak der eh sebabnye dah selamat di ngap sebelum gambar di ambil.


Lepas makan and solat, perjalanan di teruskan lagi ke Puncak, Bogor. Memula memang ingat nak pegi Safari lah kan. Tapi, we all semua tanak pegi safari. Pak Wiwik kate kalau tanak pegi safari, boleh terus ke Tajur tempat jual handbag. Handbag kat situ murah-murah sangat. So, kitorang ikutkan je lah kan cadangan Pak Wiwik. Masa on the way turun dari Puncak tu, dah start jammed dah. haru betul lah. Perjalanan yang sepatutnya ambik masa setengah jam, we all kena tempuh jammed selama 3 jam tau. Haru je rasa.

Sampai Jakarta pukul 8 ke 9 malam tak ingat lah pulak. Terus pegi makan kat RESTORAN SARI BUNDO. Masakan padang lagi. Sedap banget. Lepas makan beli buah mata kucing kat luar restoran sebab teringin sangat-sangat nak makan. Pastu, terus ke Hotel. Kat Jakarta, we all stay Kat SARI PAN PACIFIC. Aku tak pernah masuk hotel yang ade security check tau. Kat hotel ni memang lah amat ketat sekali. Sebelum masuk ke lobi hotel, kena lalu security check dulu. Tapi, menurut kate abah aku, security check ni terhad kepada hotel yang ade pelancong asing je lah. Kalau hotel yang tak der pelancong asing, memang die tak buat security check ni. Mane lah tau kan, kot-kot diorang bawak bom ke kan.



Masuk-masuk bilik, lepas mandi and settle everything, terus tido.

To Be Continued.....

Comments

Popular posts from this blog

Jogjakarta - Bandung Day 4

Hong Kong - Day 3

Sarawak - Last Day