Penang With Kak Basirah & Family - Day 2
Penang - Day 2
Bangun tido tu, Syida ajak pegi swimming kat bawah. Tapi, malas aku. Syida swimming pun ade agenda. Aku kat dalam hotel elok je sambung tido lagi. Hahahaha. Nak dekat pukul 10 pagi baru siap-siap sebab diorang nak turun breakfast kat Subway Sandwich kat bawah hotel ni. Lepas makan Subway, diorang tapau starbucks pulak. Then, pukul 11 pagi dah kena check out dah.
Lepas check out, terus pegi Toy Museum. Memang kitorang enjoy giler-giler ok kat Toy Museum. Banyak giler ok gambar kitorang ambik. So, sila jangan muntah darah ok tengok gambar yang super banyak.
























Lepas tu, terus we all gerak pegi terminal feri. Saje je nak naik feri. Malas nak drive kereta.



Lepas dah sampai kat seberang, terus hala ke rumah Kak Nita sebab Kak basirah nak jumpa Kak Nita. We all makan malam kat rumah Kak Nita. End up, lepas borak-borak semua, we all gerak dari rumah Kak Nita dalam pukul 9 malam. Terus balik Sungai Buloh. Memang tak der berenti mane-mane pun. Sampai rumah pukul 1 pagi. Sampai-sampai, terus mandi and tido sebab esok nak pegi Melaka pulak.

Comments