Johor Bharu Trip - Last Day

Hari ni last day kitorang kat JB. Bangun je pagi tu pegi ke Coffee House. Menu same je cam semalam. Bosan lah aku. Terus bawak turun beg. Lepas makan terus check out. Lepas dah check out pegi pulak ke Danga Bay sebab nak gi ambik gambar lagi. Hahahahaha. Asyik-asyik Danga Bay je kan. Nak buat camane, dah tatau nak gi mane. Danga Bay aje lah jawabnye.






Lepas dah ambik-ambik gambar, terus menghala rumah Jila sebab nak gi ambik souvenir yang die nak bagi kat officemate kitorang. Sampai rumah Jila, tunggu Jila ngan Jack habis masak baru leh makan. Lepas makan tengahari, terus balik KL. Before that, singgah Ayer Hitam. Aku tak banyak sangat lah memborong kat Ayer Hitam. Yang banyak memborong kat Ayer Hitam Si Ain lah. Siap penuh kat seat belakang tu. Nasib baik Nor steady je kat belakang. Aku tak beli banyak pun. Aku beli anak patung untuk aku 3 beradik perempuan. Aku suka sangat sebab cute sangat-sangat patung tu.


Lepas tu, terus menghala balik KL. Sampai Shah Alam nak dekat Maghrib. Lepas hantar Nor ngan Ain, terus aku balik rumah. Sampai rumah nak dekat pukul 8 lebih lah jugak. Sekian sahaja lah eh cerita aku ke JB.

Comments

Anonymous said…
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Aluguel de Computadores, I hope you enjoy. The address is http://aluguel-de-computadores.blogspot.com. A hug.

Popular posts from this blog

Jogjakarta - Bandung Day 4

Kuala Lumpur - Langkawi - Day 1

Sarawak - Last Day