Sarawak - Day 2

Pagi ni mak, abah, Abang Azzam ngan Kak Ya je yang turun gi breakfast. Yang lelain yang tak turun tu just makan roti ngan cereal je kat bilik. Lepas makan, terus siap-siap sebab pagi ni aktiviti kitorang ialah mengirai duit di Serikin. Serikin ni sempadan ngan Indonesia. So, barang-barang kat Serikin ni memang lah murah giler dan kebanyakannye orang Indonesia yang berjual kat situ. Aku beli 3 beg kat Serikin ni. Then, aku beli souvenir je untuk kawan-kawan ofis aku. Baik beli kat sini je. Malas nak beli kat Kuching. Takut mahal jerk. Budget je keje aku ni haaaa.


Mak aku beli bekas letak kuih kristal ni. Memang murah giler.

Kakak-kakak ipar aku beli bekas letak kuih yang bulat kecik-kecik ni
Mak dengan Menteri Kewangan

Menteri kewangan tengah keluarkan duit

Fairy sesat kat Serikin

Lepas dah habis mengirai duit kat Serikin, we all pegi pulak ke Semenggoh. Pegi Semenggoh pun sebab nak gi tengok Orang Utan.









Yaya dah tengok Orang Utan dah? U ols dah tengok ke?
Lepas dah habis tengok orang utan, we all terus balik Apartment. Rehat-rehat kejap. Terus terjun pool. Kitorang yang tua-tua ni tak kisah sangat nak terjun pool. Tapi, saje je nak puaskan hati Yaya. Die dok tanya-tanya je bile nak terjun pool. Budak kecik kan kalau dok hotel je kan mesti die dok cakap nak mandi pool. Budak kecik ni, priority die pool kalau dok kat hotel. Padahal kat rumah die pun ade pool kat KL nun.




Gelak guling-guling baca sign ni tau. Die buat direct translation terus


Ni lah Taman Kereta nye. Betul-betul belakang Somerset Gateway. Walking distance jerk. Aku recommend sangat lah pada sesiapa yang datang dengan family duduk kat sini.


First time ni Azfar turun pool. Menggigil-gigil budak kecik ni. Yer lah kan, air nye bapak lah sejuk nye
Kitorang naik lepas lebih kurang setengah jam berenang. Tak tahan lorrrr, air nye bapak lah sejuknye tau. Then, air nye paras pinggang jerk. Tak dalam sangat. Bosan giler. Hahahaha. Berlagak di situ. Nak pool yang dalam-dalam jerk.

Lepas dah swimming, kitorang naik rehat-rehat and tido. Lepas dah bangun tu, terus lepak-lepak tengok tv and online kejap. Then, cakap lah kat mak aku yang perut aku ni haaa lapar nak gi makan. Tapi, mak buat dekkk je ngan aku. Sabo je lah tau. Tapi, bile Yaya cakap sekali je yang die lapar, terus lah mak aku suruh kejut atok suruh gi makan. Sabar aje lah aku.

Then, kitorang pun keluar lah gi makan kat Satok. Pegi makan kat gerai-gerai jer. Aku makan mee kolok special malam ni. Sedap nye lah mee kolok. Balik kl tak jumpa mee kolok ni. Kalau korang datang Sarawak, a must try tau mee kolok ni.

Tapi, bile sampai kat tempat makan, baru je duduk, Yaya dah lelapkan mata. Tu lah, sape suruh tak tido lepas swimming tadi. Kan dah mengantuk.



Lepas makan, terus pegi jalan-jalan kat night market kat situ. Aku beli Fridge Magnet ngan baju untuk kawan aku punya anak jer.

Magnet ni untuk kawan aku


Akhirnya dapat jugak aku cari fridge magnet camni. Memula aku tengok fridge magnet ni kat blog Kak Shay. Terus aku berkenan dan aku nekad nak jugak cari kat Sarawak. Memang memula aku jumpa magnet ni kat Kampung Budaya. Bapak mahal lah kat Kampung Budaya. satu orang tu RM6. So, aku sabarkan diri aku, aku tak beli. Dengan harapan, mintak-mintak lah aku jumpa lagi fridge magnet ni kat tempat murah-murah. Thank God, aku jumpa fridge magnet ni kat Satok. Aku beli 4 orang etnik ni dengan harga RM10. Sangat berbaloi ok. Tapi, kaum Iban tak der lah pulak. Nak kena cari lagi ni. Tak puas hati aku.

Comments

Popular posts from this blog

Jogjakarta - Bandung Day 4

Kuala Lumpur - Langkawi - Day 1

Sarawak - Last Day