Mersing - Pulau Tioman - Day 2

Pagi jumaat tu, kitorang semua bangun awal giler sebab nak kena kejar feri pukul 10 pagi kan. Perjalanan dari Kuantan ke Mersing 2 jam lah jugak. So, kitorang gerak dari Kuantan dalam pukul 6 lebih. So, tak der lah terkejar-kejar sangat kan. Tepat pukul 9 pagi kitorang dah sampai dah kat jeti. Before that, sempat jugak lah singgah kedai ubat cina beli ubat untuk mabuk laut. Lepas tu, pegi parking kereta kat sebelah jeti nak ke Tioman. Then, kitorang sempat jugak lah gi breakfast. Kena makan jugak sebab takut lapar kan. Dah lah perjalanan nak ke Tioman tu 2 jam. Kitorang tak risau sangat nak beli tiket feri sebab abang ipar ain dah uruskan dah pasal pembelian tiket feri tu. Dapat lah kitorang tiket feri murah. Patutnya untuk pelancong kena RM35 untuk sehala. Tapi, kitorang dapat tiket RM25 jerk. Tiket RM25 tu untuk penduduk tempatan. Tapi, kitorang dapat murah. Save dah budget kat situ. Hahahaha.



Masuk-masuk je dalam feri, lepas ambik gambar sikit, terus aku tido. Aku rasa sebab aku makan ubat mabuk tu lah sebab tu aku mengantuk. Terus aku tertido. Asal aku terjaga je dari tido, terus aku cuba lelapkan jugak mata aku sebab aku tak tahan sangat rasa mabuk laut tu.

Dalam pukul 12.30 tengahari, we all sampai Kampung Tekek. Terus jumpa dengan kawan abang ipar Ain yang nama Budin tu. Abang tu lah yang arrange kan kitorang punya chalet ngan transport sepanjang kitorang kat Tioman ni. Sesampai je kitorang kat chalet yang ditempat kan tu, terus gi letak beg dalam chalet. Then, terus gi makan sebab dah lapar giler. Padahal baru je breakfast rasa nye.



Lepas makan tengahari, terus masuk chalet dan membuta. Hahahaha. Kalau setakat nak membuta, baik tak yah datang pulau. Baik dok umah jer. Tapi, memang kena tido ah kejap sebab mengantuk giler sehhhh.

Bile dah bangun tido tu dalam pukul 4 lebih, terus siap-siap. Then, Ain call Abang Budin nak suruh orang ambik kitorang sebab kitorang nak ke Taman Laut. Then, tak lama lepas tu, ade pakcik ni datang ambik kitorang untuk ke Taman Laut. Kitorang memula dok tengok-tengok jer orang dok snorkeling. Then, tengok dah ramai yang terjun, kitorang pun pegi lah sewa life jacket ngan google untuk snorkeling. Tarak tahan woooo, asyik tengok orang je dok snorkeling kan. Tapi, tak ambik gambar lah masa snorkeling kat Taman Laut ni sebab tak der orang nak ambikkan.



Lepas dah habis snorkeling, terus naik atas darat. Tak tukar baju pun. Just pegi mandi je kat restroom. Then, borak-borak ngan abang yang sewakan kitorang life jacket ngan Googles. Kitorang tanya lah brother tu ape yang best kat pulau ni malam-malam? Then, die boleh tanya kitorang soalan ni tau, r u a party girl? Hahahahaa. Sungguh hampeh betul lah brother tu. Muka kitorang yang suci ni die boleh kate party girl. Sangat tak boleh di terima akal ok. Hahaha.

Lepas tu, isi perut pulak. Then, borak-borak ngan tukang masak kat restoran yang kitorang makan tu. Hahahaha. Kitorang ni ngan tukang masak pun boleh borak kau. Diorang ni semua ok ok. Peramah pulak tu. Siap bagi info kat kitorang yang malam ni ade party kat hujung pulau. Hahahaha. Ape ingat kitorang nak pegi ke ape. Tengah borak-borak, abang ipar Ain call. Die call sebab Abang Budin tu risau kitorang tak call-call die lagi suruh datang ambik. Hahaha. Ade jugak orang risaukan kitorang eh. Then, lepas makan, terus call Abang Budin suruh ambik kitorang kat Taman Laut.

Dah sampai chalet, terus mandi manda. Then, masing-masing lepak atas katil kepenatan. Hahahaha. Masing-masing sangap je sebab kat chalet kitorang tak der tv. Pukul 9 malam, masing-masing dah tarik selimut nak tido. Awal giler tido kan.


Comments

Popular posts from this blog

Jogjakarta - Bandung Day 4

Kuala Lumpur - Langkawi - Day 1

Sarawak - Last Day