Penang - Part 7

Hari ni dapat check out latest by 2 pm. So, masa kitorang sampai kat hotel, baru pukul 12 lebih. So, sempat lah tido seround dua. Aku tido-tido ayam je sebab Yaya dok mengacau aku nak tengok kartun lah, nak makan roti lah. So, kena lah layan die sebab mak pak nye tengah tido. Lepas tu, Syida ngan aku dok melayan Yaya mandi buih. Kitorang berpesta buih kat dalam jacuzzi. Memula Yaya bukan main takut lagi nak masuk dalam jacuzzi yang penuh buih tu. Sekali, bile dah masuk, nak keluarkan die punya lah payah.


Lepas dah check out, terus menghala ke destinasi kitorang yang terakhir iaitu ke Nasi Kandar Line Clear. Memula masa first day tu dah gi survey dah kedai ni. Terkejut ok tengok Line Clear ni. Kedai die kat celah-celah lorong jer. Makanan pulak murah-murah tau Kitorang makan 8 orang, RM50 aje. Murah kan? Kalau korang datang Penang, harus cari tau Nasi Kandar Line Clear ni.

Gadis Line Clear

Harga sepinggan nasi kandar ni RM4.50. Lauk nye Ayam, telur ikan, telur sotong. Murah nye.



Lepas makan nasi kandar, pekena cendol lak. Ambik 2 mangkuk jerk. Tanak ambik banyak-banyak mangkuk sebab memasing dah kenyang. Kesimpulannya, dua mangkuk 7 orang makan. Lepas tu, terus balik ke tanah besar balik naik feri.






Esok dah kena start bekerja balik. Aduhai, penatnye rasa. Sampai rumah pun dah pukul 11 malam sebab before that singgah rumah toksu aku kat Bandar Baharu. Aku bawak sorang dari Juru kalau tak silap aku sampai lah ke Sungai Buloh. Penat nye.

Comments

Popular posts from this blog

Jogjakarta - Bandung Day 4

Kuala Lumpur - Langkawi - Day 1

Sarawak - Last Day