Hong Kong - Day 2

Hari ni bangun agak awal. Kat sini pukul 5 pagi pun dah cerah cam pukul 8 pagi. Lepas solat subuh tido balik. Nak keluar awal-awal pun buat ape kan. Disneyland pun bukan nye bukak lagi pun. Disneyland bukak pun dalam pukul 10 pagi. Pukul 8 lebih bangun siap-siap kan breakfast. We all makan roti ngan tuna spread. Then, dalam pukul 9 lebih we all dah siap-siap semua dah. Memang saje je turun agak awal sikit sebab nak ambik gambar around hotel waktu siang pulak. Seriously, memang cantik sangat-sangat sebab hotel ni memang letak nye kat sebelah laut.

Pool die cantik. Bentuk piano. Kitorang tak swimming pun. Yaya swimming lah

Macam Fear Factor kan?




Hollywood Y'all. Bile tahun tak nak gi Hollywood?

Ko tengok lah bapak orang ni? Anak dah menangis. Die sibuk nak bergambar





Kekasih hati saya ni tau

Geng Bujang Roslan Clan

Hotel Kepala Mickey. Kepala Mickey merata-rata. Mabuk mickey aku



Lepas dah snap-snap gambar kat kawasan hotel, kitorang pun meneruskan perjalanan ke Disneyland Park. Jangan risau yer. Shuttle bus memang ade disediakan kat depan hotel.Bus setiap 5 minit memang ade je lalu lalang. So, memang senang sangat-sangat lah kan. Kalau terlepas bas pun tak per. Tunggu je 5 minit dah sampai dah bas.

Lepas bas dah sampai, we all terus gerak ke Disneyland. Memang dekat sangat Disneyland ngan hotel we all. Sesampai tu, terus ambik gambar kat pintu gerbang disneyland dulu. Tu benda wajib. Hahahaha.



We're in Disneyland

Mickey yang tengah surfing tu kan, ade mengeluarkan music tau. Memang syok

Sessi pengagihan tiket nak masuk Disneyland. Antara ayat-ayat yang keluar, eh, saya tanak goofy, saya nak minnie mouse, saya nak mickey mouse tanak pluto. Hahahaha.

Nak masuk ke Disneyland tu diorang check beg kitorang semua. Diorang check gitu-gitu je pun. Kalau tau diorang check macam tu, kitorang bawak je sandwich tau. Makanan kat dalam tu dah lah mahal gile. Lepas dah masuk kat dalam tu, we all nampak Mickey Mouse and Minnie Mouse kat pondok kat depan train station tapi dek kerana teruja nak masuk castle tu, kitorang buat dek je ngan Mickey and Minnie tu. Hahahaha. Lain kali boleh ambik gambar ngan diorang. Masa kat depan castle tu, ramai gile orang dok tunggu nak masuk castle tu. Menurut kate kakak ipar aku, ade princess dok beratur kat depan castle tu sebelum castle tu bukak. Castle tu menghubungkan main street USA untuk ke Fantasyland. Memang kitorang pegi ke Fantasyland dulu. Dan seperuh hari je memang kitorang kat Fantasyland.




Ape-ape hal kite bergambar kat castle dulu k

Sian Myra dok je dalam stroller eh

Flying Jumbo





Winnie The Pooh

Tak sempat nak ambik gambar ngan si bontot tonggek ni tau

Mickey Philharmagic




Ngan Belle ni tak sempat nak ambik gambar ngan die. Masa ni nampak die je. Umar terus snap

Alice





Small World



Then, dah puas kat Fantasyland, kitorang pegi Tomorrowland pulak. Pegi main tembak-tembak kat Buzzlightyear. Memang enjoy habis. Mak ngan abah tak masuk sebab tunggu Myra kat luar. Keluar-keluar dari Buzzlightyear tu, tengok mak ngan abah tengah menjamu selera. Dan dan semua kelaparan time tu. Tapi, yang boleh di makan pun time tu ialah fries ngan fresh fruit je. Cari jugak fish and chips tapi, tak der lah pulak. So, we settle with fries, fresh fruit ngan mineral water. Harga ketiga-tiga makanan ni ialah lebih kurang RM25 setelah di convert. Mahal kan? Kena lah hadapi kenyataan yang anda berada dalam Disneyland. Hahahaha.

Lepas makan, terus masuk ke Golden Mickey. Masa ni, memang bekejar-kejar lah nak masuk Golden Mickey ni. Sebab takut show dah start. Alhamdulillah, sampai tepat pada masa nye. So, dapat lah masuk. Tapi, dok belakang. Agak tak syok jugak lah. Show memang best lah.

Lepas tengok Golden Mickey punya show, terus pegi kat area Tomorrowland pulak and duduk rehat-rehat kat bench kat situ sebab akan ade parade pulak. Disebabkan kitorang pegi waktu summer, diorang buat waterworks parade. Memang syok habis sebab kan panas-panas. Lepas tu, diorang sembur kite dengan air. Memang best sangat-sangat. Sejuk sikit rasa. Tapi, habis lah basah-basah baju semua. Tapi, aku tak basah sangat sebab aku dok kat belakang. Dok tengok dari atas bench je. Malas nak beratur kat depan-depan.












Lepas dah habis parade, kitorang pegi ke Adventureland pulak. Kitorang pun naik lah river cruise ni. Ade benda kelakar berlaku masa ni ok. Memang pecah perut aku gelak. Masa nak beratur tu, kitorang memang tak der niat pun nak baca ke ape ke kan. Memula tengok lah lane yang ramai tu kan. Aku pun cam apahal lah diorang ni? Ade lane yang tak penuh, yang dok bersesak-sesak kat lane yang penuh tu buat ape kan. End up, kitorang dapat naik cepat. Sekali, masa dalam cruise tu, orang tu cakap cina lah pulak kan. Aku ngan Kakak ipar aku siap mengata ok. Aku cakap lah ngan kakak ipar aku, diorang ni tak reti ke? Kitorang ni dah sah-sah lah tourist kan. Ko cakap lah english ke ape ke kan. Ni bantai cakap cina apahal? Tapi, kitorang peduli ape kan. Tak faham lantak ler. Yang penting kitorang memang enjoy habis.

Bile dah turun dari cruise tu, adik aku cerita, rupa-rupa nye cruise yang kitorang naik tadi tu untuk pilihan cruise bahasa cina lah. Hahahahaha. Kitorang bantai gelak pecah perut. Semua menyalahkan aku sebab aku yang beratur depan sekali. Hahahaha. Kelakar sungguh.











Lepas dah ambik-ambik gambar kat Adventureland, terus pegi kat area Main Street USA. Nampak pulak lah princess ni haaaa. Tapi, tatau nama. Hahaha. Aurora ke hape nama die. syara tau lah ni. Tapi, aku yang excited terlebih nampak die ni. Terus aku berlari nak beratur ambik gambar ngan die. Sampai kan Abang aku jerit. Weh, bawak lah Syara ni haaaa. Hahahaha. Aku yang excited nak ambik gambar. Syara suka je buat muka tak der perasaan.




Add Image

Lepas dah ambik gambar dengan si Aurora, terus pulak beratur kat tempat nak ambik gambar ngan Snow White ngan Cinderella eh nama die. Semangat ok. But, sementara tu, ambik gambar kat castle dulu. Sambil-sambil tu tengok High School Musical punya show dari jauh. Syok dengar lagu-lagu die je sebenarnya. Kalau ade Zac Efron, aku dah gi dok depan sekali dah. Ni Zac Efron versi cina tanak lah aku. Tak minat. Hahahaha.



Ko tengok budak ni? Penuh sticker kat baju die. Sampai kan abah nye kate kalau tau camni, beli kan je baju plain. Hahahaha.

Ok, tiba lah masa nye Snow White ngan Cinderella muncul. Comel ok si Snow White ni. Putih melepak. Sesuai lah kan. Nama pun Snow White kan. Geram tengok pipi die. So, bergambar lah kami dengan Snow White ngan Cinderella. Syara tanak pulak ambik gambar ngan diorang berdua ni. Ape kena tah tak der mood nak ambik gambar ngan princess. Padahal, princess ni lah yang di puja-puja nye. Tapi, bile sampai kat sini, Auntie-auntie die yang lelebih. Hahahahaa. Masalahnye, paksu nye pun over jugak ok.




Lepas tu, kitorang pegi Tomorrowland pulak sementara nak tunggu fireworks. Kitorang tak main ape sangat masa ni. Just main satu game je. Syara ape lagi kan, awal-awal lagi dah tarik ibu die pegi main Buzzlightyear tu lagi. Kemaruk dah budak tu. Bile markah die lagi sikit dari ibu die, mula lah nak marah ibu die. Hahahaha.




We decide, esok lah main kat Tomorrowland pulak. Dah kate tommorowland kan, kite main tomorrow je. Save the best for last. Hahahaha. Then, we all pegi kat area depan castle sebab nak cop tempat untuk fireworks. Kitorang dapat duduk kat bench. Ingatkan fireworks pukul 7.30 malam. Tapi, fireworks sebenarnya start pukul 8 malam. Aku ni bile tengok fireworks, mula lah kagum2 kan. Overall best lah sebab diiringi dengan music disney.


Sempat pau Auntie Sya Ice Cream Mickey






Lepas dah habis fireworks yang cantik tu, kitorang pegi lah jalan-jalan ambik gambar kat area Main Street USA tu nak ambik-ambik gambar waktu malam kat situ kan. Siap masuk kedai souvenir die semua. Siap ambik-ambik gambar semua. Pekerja diorang tak marah pun. Beli nye tak. Beli esok lah kan. Malas nak beli awal-awal souvenir.






Lepas dah habis tu, kitorang pun beransur lah pulang. Esok jumpa lagi ye Disneyland.

Comments

Popular posts from this blog

Jogjakarta - Bandung Day 4

Kuala Lumpur - Langkawi - Day 1

Sarawak - Last Day