Johor Bharu Trip - Day 3

Pagi ni bangun agak lah lewat jugak sebab malam tadi lepak kat Danga Bay sampai pukul 12 lebih and sampai rumah pukul 1 lebih lah jugak. Semua dalam rumah makcik Ain bangun lewat. Tak larat nak bangun awal sebab tido pun lewat dah semalam. Nasib baik makcik Ain ok je kitorang bangun lewat. Ahakssss.

Lepas bangun and siap-siap semua, terus mintak diri nak check out dari rumah makcik Ain. Pakcik Ain bawak kitorang pegi Jusco Tebrau City. Tap, tunjuk jalan je lah pun. Pastu, terus pakcik Ain pegi keje. Lepas ni kalau sesat, just try and error je lah. Huhuhuhu. Lupa lak aku nak pinjam GPS kat abah aku. Kalau ade GPS senang lah sikit. Tak der lah sesat.

Bile dah sampai kat Jusco Tebrau City tu, memula, ingat nak tengok wayang lah kan. Tapi, rasa cam malas lak nak tengok wayang. At last, ambik keputusan gi Karaoke kat Red Box. Murah je Rm11++ sorang sebab masa tu early bird. So, dapat lah murah. Nyanyi lah puas-puas 3 jam. Hahahaha. Lepas gian betul menyanyi masa tu. Lepas dah habis kat Red Box, pegi shopping pulak. Kitorang semua masuk Butik ELLE. Aku telah berjaya merembat sepasang kasut dengan harga diskaun sebanyak 70%. Harga asal RM149, harga jatuh sampai RM44 lebih. I like ok. Ahakssss.

Lepas shopping kasut, masuk Jusco untuk beli stock makanan. Nanti karang ade yang kebulur dalam bilik hotel. Huhuhuhu. Lepas dah habis semua urusan kat Jusco Tebrau City, terus menghala ke Pusat Bandar untuk pegi Check in kat New York Hotel pulak. Bilik kat New York hotel not bad lah. Luas. Kalau sesape ade anak kecik, puas lah nak berlari.




Aktiviti petang tu dihabiskan dengan membuta dengan nyenyaknye. Dah lah memasing penat kan. Membuta amat lah best di kala ini. Nak dekat Maghrib baru bangun. Kat luar dah gelap dah. Bangun terus mandi dan bersiap. Terus menuju ke Danga Bay untuk makan malam. We all gi makan malam kat Restoran Singgah Selalu. Masa sampai tu sikit punya ramai lah orang kat situ sebab ade football match pulak malam tu, Manchester lawan ape tah. Tak ingat lah. Masa orang bersorak, kitorang pun bersorak gak. Padahal tak minat bola pun.

Lepas dah habis makan, gi lepak kat Danga Bay pulak. Tak puas-puas ngan karaoke siang tadi. kitorang gi pulak sambung karaoke kat karaoke JAMBAN. Ahakssss. Panggil jamban sebab bilik karaoke tu kecik je cam jamban. Hahahaha. Tah ape-ape je.


Lepas dah habis karaoke, gi lepak dengar live band kat Beach Club pulak. Aku suka sangat suara penyanyi live band tu. Suka sangat. Kitorang siap request lagu MORE THAN WORDS lagi. Aduhai, sedap nye lah suara diorang. Tak tido malam aku dibuatnya. Lepak dengar Live Band sampai pukul 12 lebih. Before balik snap gambar lagi.


Lepas tu, balik hotel dan tido.

Comments

Popular posts from this blog

Jogjakarta - Bandung Day 4

Kuala Lumpur - Langkawi - Day 1

Sarawak - Last Day