Trip To Kelantan Day 1
Pepagi lagi aku dah bangun. Lagipun tak lena sangat tido malam tadi sebab nye aku ni jenis kalau nak berjalan jauh je terlebih excited. Tu yang setiap jam je mesti nak terjaga. Hahahaha. Sabar je lah. Lepas dah siap-siap terus keluar rumah and breakfast kat Restoran Soto Sec 8 makan soto. Lepas makan terus gerak ke U*TM. Saje jegerak awal. Bukan ape, kan tengah convo takut nanti tak der parking. Haru biru je tau nanti kalau kena parking jauh. Dah lah parking fakulti kena tutup sebab kerja-kerja pemasangan tangki air sedang dijalankan. Double tense je tau. Time ni lah die nak tutup segala parking. Aku ngan Ain antara yang terawal sampai kat Bus Stop HEP. Dekat sejam tunggu, rupa-rupanya driver bas tu tunggu kitorang kat Bus Stop Kolej Seroja. Sabar je la. Ni mesti kes misscomunication ni. Dalam pukul 9.30 jugak lah gerak dari U*TM ke Machang.
First stop ialah kat Genting Sempah sebab biase lah kan kalau dah pegi ramai-ramai ni macam-macam ragam nye. Tak breakfast lagi lah, nak wee wee lah. Sebab tu kalau naik bas lama betul perjalanan. Perjalanan yang sepatutnya ambik masa 6 jam dah jadi 8 jam.
Second stop kat R & R Gua Musang untuk solat and makan tengahari. Nak kate makan tengahari tu tak lah kot sebab dah petang dah pun masa tu. Alhamdulillah selamat sampai U*TM Machang before malam. Dalam pukul 6.30 petang sampai kat U*TM Machang. Bukan ape, malam ni ade dinner pulak ngan Pengarah Kampus Machang. Dah sampai tu, we all di beri kunci bilik. Aku ingatkan we all tido kolej ke hape kan. Rupa-rupanya diorang bagi Rumah Universiti kat kitorang. Not so bad lah Rumah Universiti die. Ala-ala hotel lah jugak. Aku share bilik ngan Ain and Hidayah. Bilik pun besar.

Terus bersiap untuk dinner pulak malam ni. Masing-masing glamor betul pakaian malam ni. Mentang-mentang lah nak jumpa ngan Dato' Dr. Hussin. Malam ni makan ala-ala BBQ. Lepas dinner, terus balik ke Rumah Universiti sebab ade karaoke pulak lepas ni. Semua diwajibkan untuk menyanyi. Almaklum je lah kan, dah Dato' Hussin minat karaoke maka di wajibkan lah setiap seorang peserta rombongan untuk menyanyi. Nasib baik tak kisah berduet ke atau trio kan. Aku nyanyi ngan Ain and Hidayah. Kalau suruh aku nyanyi sorang-sorang, mau aku pengsan kat depan tu. Dalam pukul 1 jugak lah sessi karaoke tu habis. Lepas tu, memasing masuk bilik and tidur. Esok pulak ade bengkel ISO.
Comments