Pangkor - First Day


Pagi-pagi dah bangun sebab abah bagitau nak kena keluar rumah pukul 7 pagi sebab nak kena sampai Lumut around 10 lebih. Nak sarapan kat rumah pun memang tak sempat lah. We all gi Lumut ikut jalan Kuala Selangor. Dekat sikit kalau nak dibandingkan ikut highway. Masa on the way tu singgah breakfast kat atas sikit dari Bagan Datoh. Tak ingat dah ape nama R & R tu. Lepas makan, teruskan perjalanan ke Lumut. Sampai Lumut, abah drop we all kat Jetty then abah pegi parking kereta. Lepas tu, kena pulak tunggu bas rombongan yang bawak staff abah aku. Lepak punya lepak, diorang pun sampai dengan satu bas. Kakak ipar aku siap bagitau aku, Nina, staff abah muda-muda lah. Muahahahaha. Sabo je lah kakak ipar aku ni tau. Tak kuasa tau.




Lepas tu, lepak lagi sementara tunggu diorang breakfast lak. Lepas je diorang breakfast, terus angkut beg pegi ke jetty sebab nak naik ferry lak ke Pangkor. Bile ferry dah gerak, aku rasa cam mabuk lah pulak. Sabo je lah aku tau. Selalu tak pernah lak aku mabuk laut. Selalunye, aku steady je. Alahai, kacau betul lah. Nasib baik naik ferry sekejap je. Dah sampai kat Pangkor, dah ade dah van menunggu nak bawak we all ke tempat penginapan. We all stay kat Puteri Bayu Beach Resort.

Masa we all sampai kat resort tu, siap diorang main kompang ape semua. Anak buah aku lak, bile dah dengar kompang, dok tanya aku, mane pengantin? Sabo je lah aku tau budak kecik ni. Masa sampai tu dah masa untuk makan tengahari dah pun. Tapi, we all decide nak gi letak beg dulu kat dalam bilik. Masa sampai bilik tu sempat lah snap-snap gambar bilik. Dah tak der keje dah gamaknye. Hehehehe.





Lepas makan tengahari, we all menidurkan diri dengan jaya nya. Sebelum tu, abah dah sms suruh siap-siap pukul 4 petang sebab nak pegi round Pangkor Island. Aku ingat pegi round Pangkor Island naik boat. Rupa-rupanya round Island naik van je. Memula ingatkan malas nak pegi. Tapi, pegi lah jugak sebab bile lagi nak pegi kan. Orang van tu bawak we all pegi beli satay ikan and pegi Kota Belanda. And berenti kat Pantai ape tah. Tak ingat ah nama die. Siap lalu Satu tempat tu nama Teluk Dalam. Terus teringat kat cerita Puaka Tebing Biru Tau. Haru betul aku ni tau. Huhuhuhu.





Lepas dah habis round island, balik semula ke resort. Ingatkan sempat lah nak berendam dalam swimming pool. Sekali tengok dah pukul 6 lebih. So, ambik keputusan lepak-lepak tepi pantai je lah. Ingat nak buat sand castle, sekali tak der alat lah pulak. So, main-main air je lah. Sila ignore kaki aku yang tembam tu ok. Huhuhuhu. Lepas dah puas main air laut, terus balik ke chalet untuk siap-siap makan malam pulak.






Malam lepas dinner tak der aktiviti sangat pun. Lepas dinner, lepak kat buaian yang dekat sebelah swimming pool kejap. Then, balik chalet sebab nak tengok citer Natasha. Lepas tengok Natasha, sambung tengok cite Farra. Lepas tu lak, sambung tengok Datin Diaries lak. Lepas tu baru masuk tido.

Comments

Popular posts from this blog

Jogjakarta - Bandung Day 4

Hong Kong - Day 3

Sarawak - Last Day