Pangkor - 2nd Day

Bangun pagi ni pegi breakfast dulu pukul 7.30 pagi. Lepas breakfast, aktiviti terjun swimming pool. Masa we all tengah swimming tu, nampak Kak June, kakak yang buat team building tu nak masukkan itik kat dalam swimming pool. Aku pun offer lah nak tolong letak ke tengah sikit itik tu. Kat badan itik tu ade clue yang peserta team building kena kumpulkan sebab diorang ade explorace kan. Kelakar sungguh lah diorang. Diorang kena masuk dalam kolam tu untuk dapatkan itik tu. Memang sporting habis lah.

Lepas dah habis swimming, nak masuk bilik pulak. Sekali, diorang tengah kemas bilik. So, tak tau nak tuju ke mane. Terus tuju ke laut. Dah lah masa tu dah pukul 11 lebih. Takut benar aku kalau kena sun burn tau. Masa tu tak mandi laut pun. Just main pasir je. Lepas dah puas main pasir, terus balik bilik.


Ada gaya Malaysia Next Top Model tak anak buah aku ni?

Lepas makan tengahari, balik bilik dan tido dengan jaya nya. Then, bangun pulak pukul 3 lebih sebab nak gi round island naik boat pulak kali ni. Tak puas aku tido tau. Tapi, kena jugak bangun. Sungguh lah tak best tau. Tunggu punya tunggu, abang boat tu pun sampai. Masa aku nak naik bot tu kan, aku tersilap langkah. sabo je lah aku tau. Terus terpeleot kaki aku ni. Huhuhuhu. sakit tau. Nasib baik staff abah aku tak der tau. Kalau tidak kan, buat malu je tau. Dah lah jatuh cam nangka busuk. I malu you. Muahahahaha. Sampai skrg ni kaki aku bengkak tau. Masa naik bot tu, aku ni dah mabuk dah. Yaya anak buah aku tu boleh pulak selamber je die minum susu. Kalau aku tu dah muntah dah tu. Tahan lak die minum susu. Huhuhuhu.





Lepas abang tu dah bawak we all gi round beberapa island, die stopkan we all kat satu pulau ni. Nama pulau tu Pulau Giam. Die suruh we all mandi manda dulu kat Pulau ni before die bawak we all gi kat tempat snorkling tu. Lepas dah mandi manda nak dekat sejam, abang tu ambik we all balik then gi kat tempat snorkling pulak. Banyak betul lah ikan kat sini. Geram ok. Tapi, sad to say yang aku tak turun pun snorkling. memula, aku dah turun dah untuk snorkling. Tapi, bile dah turun tu aku rasa cam sesak nafas. terus aku naik bot balik. Tengok ikan dari atas bot je lah ek. Yang turun, abang aku ngan adik aku jek. Rugi je rasa tau.








Lepas dah habis snorkling, terus balik ke Puteri Bayu. Sambung lak mandi kat swimming pool. Nak dekat pukul 7 baru balik chalet. Siap-siap sebab dinner pukul 7.30 malam. Lepas dinner, join peserta team building dalam dewan. Kalau balik bilik pun tak der ape nak buat. Lepas dah habis team building, balik bilik and tido.

Comments

Popular posts from this blog

Jogjakarta - Bandung Day 4

Hong Kong - Day 3

Sarawak - Last Day