Jogjakarta - Bandung Day 4
Pagi ni wake up call pukul 6 pagi. Bukak-bukak langsir, hari dah cerah dah walaupun pukul 6 pagi. Pagi ni terus siap-siap kemas beg sebabnye nak check out dah. Tak puas dok kat Novotel, dah nak kena check out dah pun. Lepas tu, terus turun gi breakfast kat cafe. Makan setakat yang termampu dan boleh di terima oleh perut je. Pegi bercuti ni asyik makan, makan and makan. Kalau dok kat KL tak hiraukan sangat pasal makan-makan ni. Lepas makan, ambik-ambik gambar lagi kat lobi hotel sebab Pak Agus, Jessy and Eddy nak balik Jakarta naik flight pagi ni. Agenda we all diteruskan dengan melawat Keraton Jogja yang juga di kenali sebagai Istana Sultan. Bertolak dari hotel dalam pukul 8 pagi. Perjalanan ambik masa dalam 20 minit je. Sampai je kat Keraton, we all pun masuk lah ke dalam sambil diiringi oleh seorang cam ala-ala pemandu pelancong lah. Die lah yang terangkan ape yang ade kat dalam keraton tu. Lepas dah habis round kat dalam keraton tu, berenti lah kejap sebab pemandu pelancong kat Kera...
Comments