Penang With Kak Basirah & Family - Day 1

Lepas dah habis kenduri kawin kat rumah Mak Long aku, Kitorang pegi vacation ke Penang. Cehhh, cam kitorang je yang penat kenduri semua kan. Bukan ape, ni abah lah yang rancang nak pegi Penang sebab nak bawak family Abang Razali ngan Kak Basirah pegi berjalan-jalan ke sane. We all pegi 28hb Disember. Pegi pun satu malam je.

Penang - Day 1

We all gerak dari rumah dalam pukul 9 pagi. Konon je tau nak gerak pagi-pagi pukul 5 sebab nak singgah taiping makan kuih atok sedara aku jual. Atok sedara aku ni die jual cakoi ngan donut. Kuih die memang best lah. Gebu je tau. Tapi, bile dah ramai-ramai ni memang takkan termakbul lah kan hajat tu. Pagi tu bangun pun dah pukul 6.30 pagi. Yer lah kan, tido pun dah lewat kan. Tak der lah nak bangun awal nye.

Before gerak dari rumah, Abang Razali siapkan breakfast. Goreng telur je makan ngan roti. We all pegi penang ni konvoi 3 kereta. Kereta abah, kereta aku ngan kereta Siti. Sepanjang-panjang perjalanan memang bawak slow je lah sebab kat area Tapah selalu nye ade speed trap. Tapi, masa aku on the way ke penang tu, bukannye ade speed trap. Tapi, siap ade sekatan jalanraya lagi. Adoiii, skema ok ayat. Ade dua kalau tak silap aku sekatan jalanraya.

Around pukul 1 tengahari we all sampai kat Penang. Terus pegi cari makan kat Line Clear. Memang akan pegi makan kat sini kalau tiap-tiap kali datang penang. Makan kat sini adalah super sedap ok. Dan murah jugak. Kitorang ambik kari kepala ikan. Kari kepala ikan diorang charge dalam RM40 satu kepala. Memang berbaloi-baloi ok. Makan for 11 people dalam RM150 sahaja. Murah kan? Gambar tak kuasa nak ambik sebab panas dan sibuk nak makan sebab kelaparan.

Lepas makan, terus we all pegi check in kat Hotel Gurney. We all memang akan dok kat hotel ni je kalau gi Penang maybe sebab dah biase kot dok sini kan. And bilik die pun not bad jugak lah. Besar dan luas. Lepas dah check in masing-masing semua tido. Aku tak tido. Aku online sebab ade wifi kan. Lepas tu, lepas asar, masing-masing dah gatal nak swimming. So, semua turun swimming kecuali warga emas ngan orang-orang yang tak sihat seperti Umar dan Siti. Huhuhuhuhu.

Lepas dah swimming, malam pulak siap-siap nak kuar makan. Memang memula ingat nak gi makan Sany kuew tiaw. Tapi, kedai tu tutup lah pulak masa we all dah sampai kat situ. Sabar je lah bebanyak. Then, terus je makan kat kedai berdekatan. Not bad jugak lah kuew tiaw die. Tapi, tetap tak leh lawan Sany. Sekali lagi gambar tak der sebab pegi makan kat tak bawak DSLR. Malas. Lepas makan, terus balik hotel untuk beristirehat. Ingatkan nak lah jugak pegi Feringgi Night Market. Tapi, tak jadi sebab tahap kemalasan dah menggunung. Balik tido lagi best.

Hari kedua akan bersambung di entry lain yer. Panjang sangat lah nanti entry ni kalau gabung ngan entry day 2.

Comments

Popular posts from this blog

Jogjakarta - Bandung Day 4

Kuala Lumpur - Langkawi - Day 1

Sarawak - Last Day